Sunday 6 November 2011

Pati Air Saffron Kalkausar





Air Saffron Kalkausar adalah air istimewa yang telah dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran berserta dengan campuran pati bunga saffron/zafaran yang amat berkhasiat untuk badan. Disamping itu air ini juga ditambah lagi dengan bacaan ayat Al-Quran yang khusus untuk pelbagai kegunaan zahir dan batin.

KHASIAT & KAEDAH MENGGUNAKANNYA :-
SEBELUM GUNA TAMBAHKAN DENGAN 3 LITER AIR MINERAL/BERTAPIS

1.Untuk melembutkan hati-hati yang degil,bebal & selalu membantah perkara yang disuruh agama.
2.Untuk penerang hati,semoga selalu mendapat petunjuk dan pemeliharaan dari Allah.
3.Dipelihara Allah ketika memandu dan selamat dalam perjalanan.Bawa air ini ketika memandu di dalam perjalanan yang jauh.Minumlah ketika rasa mengantuk dan membasuh muka dan bacalah ayat Al-Qursi 1 kali dan mohon pada Allah moga di pelihara dalam perjalanan.
4.Supaya anak-anak dan orang dewasa yang suka bergaduh kembali bersatu dan berkasih sayang.Dengan izin Allah.
5.Untuk membuang saka dan orang yang di rasuk syaitan kembali pulih.Ambil air ini beri minum,sapu  pada muka dan jika perlu mandikan.
6.Mengelakan duit dicuri toyol,Ambil sedikit air,bacakan Al-Fatihan dan hadiah kepada Nabi Muhamad S.A.W(1 kali),Nabi Sulaiman(1 kali).Niatkan didalam hati "Ya Allah dengan berkat mukjizat Nabi Muhamad dan Nabi Sulaiman juga mukjizat Al-Qoran yang terdapat dalam air ini,Engkau peliharakanlah wang  simpananku ini,"Dan renjiskan wang yang hendak disimpan itu.
7.Amat baik diminum ketika mengandung,melahirkan anak yang sihat,cergas dan baik akhlaknya.
8.Menghindarkan penyakit demam kuning,Amalan meminum ketika mengandung,amat digalakkan.
9.Boleh digunakan sebagai isyarat memagar rumah tempat tinggal anda.Untuk menghindari orang yang berniat tidak baik memasuki kediaman anda.Kaedahnya : Renjiskan air ini dari kanan ke kiri sekeliling rumah.Seperti ibadah tawaf,sambil membaca ayat Al-Qursi.Jika ada gangguan syaitan didalam rumah,renjiskan air ini didalam rumah,Selalukanlah membaca Surah Al-Bakarah dan jika tidak boleh,memadai dengan memasang keset surah Al-Bakarah.
10.Sebagai selusuh-Mudah untuk melahirkan anak.Minum selalu di samping mendapat barakah dari bacaan ayat surah Yusuf dan Surah Maryam yang telah dibacakan ke dalam air ini.
11.Mempercepatkan mendapat jodoh.Semuanya dengan kuasa Allah S.W.T dengan barakah dan mukjizat dari Al-Quran.setelah tercapai hajat ini,terlebih dahulu membuat solat istikarah minta petunjuk Allah samaada lelaki yang datang itu baik atau tidak.Kaedah menggunakan air ini cukup denga minum dan sapukan air ini keseluruh tubuh badan terutama bahagian muka.dengan izin Allah S.W.T,anda lihat sendiri kesannya nanti.
12.Bekalkan kepada anak anda yang tinggal di asrama supaya apabila ada gangguan jin atau syaitan boleh gunakan air ini.

Harga: RM10.00 sebotol